Saturday 25 February 2012

Kisah pemuda meninggal dalam husnul khotimah

Definisi husnul khotimah = kematian yang baik

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal
kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut
Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah
Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia
Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di
bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja
solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang
tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.
Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang
mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang
terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah
masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah
mati kerana nampak seperti sedang tidur.

Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan
dadanya.

Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,
selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika
menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan
pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia
berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia
yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan
sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita
mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan
orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini
seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja
agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah
tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan
Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas
ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya
supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh
daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya
terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Friday 24 February 2012

nilai seorang sahabat

ASSALAMUALAIKUM...........

pada entri kali ni kechik nak berkongsi tentang nilai seorang sahabat. kechik nak tanya susahkan seseorang kawan kita nak paham perangai kita?pada pandangan kechik susah seseorang nak menerima kita seadanya. kechik sangat bersyukur kerana ada kechik ada kawan yang paham perangai dan kerenah kechik yang sangat teruk ni (xtau teruk camne bergantung kepada individu tersebut untuk menilai). ya la kan kechik ada juga terdengar orang cakap kechik ni cam ni la cam 2 la, kadang2 apa yang diaorang cakap 2 betul ada juga yang salah. kalau yang betul tu kechik terima yang diaorang cakap n cuba untuk ubah perangai kechik sikit demi sikit. takde manusia dalam dunia ni dapat berubah secara drastik. kalau ada pun perubahan yang tak istikamah. saya tahu saya tak sempurna seperti yang lain. tapi kechik cuba untuk jadi diri saya sendiri n cuba ubah perangai buruk kechik.

TERIMA KASIH kepada SAHABAT-SAHABAT YANG SUDI MENJADI KAWAN SAYA. terima kasih kerana menerima saya seadanya. kawan-kawan sekelian seandainya kechik ada buat salah dan silap sila  tegur ya..kechik tak kisah kalau orang tegur perbuatan kechik tetapi dengan cara yang betul :)

terima kasih kerana sudi membaca blog kechik.:)
wassalam

Monday 20 February 2012

solat sunat dhuha

salam...

dah lama kechik tak update blog.dah berhabuk dah blog ni.Maklumlah cuti sibuk kononnya dengan rutin suri rumah (ehhh bila plak kechik kawin)..hahaha xde la. kechik sibuk dengan kerja-kerja rumah n tolong umi ngan abah. ish terlebih plak.lari dari tajuk entri. bahagian atas tu intro je, setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger. masa cuti hari tu kechik ada dengar dalam rancangan al-hidayah tentang kelebihan solat sunat dhuha. lepas tu terdetik plak  nak cari kat internet ape kelebihan. banyak lagi ilmu agama yang kechik tak tau. banyak yang perlu di pelajari. kechik ada jumpa satu hadis mengenai solat sunat dhuha.


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : "Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


selain itu ada sedikit tambahan. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

ini adalah satu perkongsian untuk semua. memperingati diri sendiri dan juga kawan. ini adalah perkongsian dari insan yang banyak khilaf dan dosa. 

wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...