Sunday 24 June 2012

Bakal meninggalkan bumi sabah di bawah bayu

salam...

Tinggal beberapa jam lagi kechik akan meninggalkan bumi sabah sebab kechik dah abis belajar kat sini. selama tiga tahun merantau di bumi orang, banyak kenangan pahit dan manis yang tersemat antara kechik dan kawan-kawan. Sabah memang cantik dan menarik untuk dilawati. Tempat die fuhhhhh memang cantik la.Antaranya pulau Mabul, pualu tiga, pulau gaya n banyak lagi la. kalau datang takkan rasa menyesal. Antara gambar yang menarik tentang sabah :

Air terjun di crocker range

zoo lok kawi

memorial peperangan

pemandangan seluruh ranau

banyak lagi tempat-tempat menarik kat sabah ni. kechik rasa sedih campur gembira. sedih sebab nak tinggal kawan-kawan tapi gembira sebab bole jumpa family kat kampung. KAWAN-KAWAN JUMPA LAGI DI HARI KONVOKESYEN KITA INSYAALLAH ~~~

sekian..



Saturday 16 June 2012

Gembira + sedih

salam dan selamat petang..

Perasaan yang sedemikian terbit sebab tak lama lagi kechik akan tinggalkan tempat kechik belajar 3 tahun. Banyak suka dan duka diharungi bersama dengan kawan-kawan. First rasa gembira sebab nak balik rumah dah dan yang rasa sedihnya nak tinggalkan kawan-kawan. Bak kata orang setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap yang hidup pasti akan mati. Kechik nak bagi tunjuk gambar orang-orang yang banyak bersama kechik sepanjang 3 tahun tinggal kat sabah ni. 

me n my besprenz..

yang tengah-tengah tu nida

my roomates

my classmate

actually banyak lagi gambar yang nak ditunjukkan tapi ni sebahagian daripada mereka. Jika diberi umur yang panjang boleh kita bertemu lagi. Moga kalian berada di bawah lindunganNYA. Moga berjaya anda sekelian.

Salam 




Friday 8 June 2012

Final exam

salam dan selamat petang..


Moga dipermudahkan dalam segala urusan dan tenang semasa menjawab kertas peperiksaan. GUDLUCK kepada kawan-kawan seperjuangan serta kawan-kawan blogger. Final exam just around da corner. Laluinya dengan tenang ya kawan. BERUSAHA>>BERDOA>>BERTAWAKAL..yakin dengan kuasa dan ketetapan ALLAH kepada setiap hambanya. 

DO DA BEST TO ALL OF U..PEACE..

sekian.

Thursday 7 June 2012

Jangan Bersedih

salam dan selamat sejahtera..

Terdetik di hati nak conteng-conteng kat blog..tak tau la kenapa pilih entri macam ni. Rasa sayu dan bersimpati ngan kawan kecik yang di timpa musibah. Entri kali ni untuk kawan kechik dan orang-orang yang tengah bersedih..jangan mudah mengalah ya kawan..yakinlah pada ALLAH. Banyakkan mengadu padaNYA, nescaya  ALLAH mendengar setiap rintihan hambanya..setiap orang mempunyai masalah dan ujian yang tersendiri.


ALLAH memberi ujian kepada kita kerana DIA tahu kita mampu untuk mengharungi. DIA tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya. ALLAH lebih mengetahui segala-galanya. Ujian yang datang adalah dariNYA maka kita sebagai hambanya perlulah merujuk kepadaNYA. Sebenarnya ALLAH memberi ujian kepada kita kerana DIA rindu ingin mendengar rintihan hambaNYA. Hanya insan yang terpilih yang dipilih. Lastly banyakkan bersabar wahai kawan-kawan sekelian :)

sekian..

Saturday 2 June 2012

MAPAN.


salam...

korang mesti tertanya-tanya kan apa tu MAPAN??? nak tau tak apa tu MAPAN..MAPAN tu adalah singkatan kepada malam pra graduan untuk pelajar tahun akhir sekolah perhutanan tropika antarabangsa..malam ni macam nak meraikan pelajar tahun akhir la. Dah tak tau nak tulis apa..kat bawah ada beberapa gambar kechik n kawan-kawan..

nida,azati n kechik

my prenzzzz

me n my supervisor
lastly my classmate..

kenangan kali terakhir bersama rakan-rakan seperjuangan. hanya tingga beberapa hari lagi merasai hidup sebagai seorang pelajar. lepas ni xtau la sambung lagi ke tak...hargailah hari-hari terakhir unilife..kechik yakin pasni mesti kechik rindu ngan kawan-kawan n suasana kat uni. I WILL MISS U ALL MY FRENZZZ..

sekian..








Friday 1 June 2012

Doa

salam dan selamat sejahtera


Let's du'a for our family and frendz..dOa dapat mEruBah segala-galanya...kechik doakan anda semua kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang ada di sekeliling anda....jIka kita berdoa untuk orang lain tanpa diketahui oleh orang tersebut maka besar pahalanya..Let's pray for your parents...orang yang banyak berjasa kepada kita.ibu kita yang melahirkan kita dan kasih ayah tiada penghujungnya..LOTS OF LOVE.

sekiannn...

Wednesday 30 May 2012

sTuDy wEEk..

salam n selamat sejahtera



StUdY wEEk is arOunD da cOrner...hope we can aRRage our time pRoperly...I wish gUdLuck tO aLL Of U..hOpE we Can gET rEsuLt better tHan before..wish me luck tooo....

eNjoy in ur sTudy..dont Stress ok...

cekidout...

Tuesday 29 May 2012

wOrDLeSS wEdNess..



nO wOrd to wrItE..jUz Wanna tO saY "i PraY aLL dA bEz To All oF U"

Thursday 24 May 2012

10 pErKaRa yG bUat PerEMpUaN BenCI LElaKi


Salam...
10 perkara yang buat perempuan benci lelaki..layannnnnnnn.buat pembaca sekelian baca dulu ya. Jangan judge sebelum baca..haha bak kata pepatah orang putih dont judge the book by its cover. Tapi untuk entri kali ni dont judge something the entry haha... apa kechik merapu ni..layannnn  
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Meninggikan suara?tak kot..saya tak suka marah-marah dan tak suka juga dimarahi.Saya pun akan melenting jika marah tak tentu pasal.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
Tak pernah lagi main kayu tiga,kayu empat penah lah kot..haha..gurau je.Tak pernah buat tetapi pernah terkenalah satu masa dulu…haha
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
Perkara biasalah ni rasanya..cuci mata bukannya cuti hati @ perasaan.Betul tak?perempuan pun sama.Pantang dengan lelaki handsome,terus puji-puji.Entah baik entah tidak.
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
Mungkin bukan mengongkong tetapi prihatin @ terlebih sayang takut awek dikebas orang..
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Ego tu mmg sifat manusia.Tapi terlebih ego memang rasa nak bagi Rider Kick sekali kan?haha..
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
Adakalanya terpaksa menipu juga untuk menjaga hati masing-masing.Tetapi perempuan pun sama je..Suka menipu juga.Dalam bilik message sayang,sayang dengan orang lain.Esok padamlah message tu.Takut pakwe baca.Tak gitu?
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
Perempuan pun perasan juga.Kalau tak perasan,takkan letak gambarkat header blog besor-besor kot?hahaha…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
No komen lah sebab lelaki perempuan semua ada sikap ini.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Menarik point ini.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


yang no 4 tu di tekankan sikit tp bukan semua la..jangan salah anggap tau..entri ni tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..
sekian...

p/s: nantikan entri seterusnya..tutorial ...tutorial apa?? mana boleh ckp skrg..nantikan..

Sunday 13 May 2012

hOMesIcK

selamat petang...

sape homesick macam saya??angkat tangan macam saya hahaha....
mesti korang cakap besar-besar pun nak homesick ag..hehe walaupun saya dah berumur 22 tahun tapi perasaan nak balik umah tu masih lagi ada tambah-tambah kerja banyak dan peningkan kepala cheq ni
(ckp utaqra la plak)...




what should i do??cuba sibukkan diri la kan..

kongsikan pengalaman anda...

Saturday 12 May 2012

Trip to Kuching part 2 (last)

salam...

Lama dah kechik x update blog kechik dah berhabuk(fffffff sapu habuk) haha..sekarang kechik sibuk ngan FYP..nak habiskan pengajian mesti siapkan tesis..Insyaallah doakan kechik kuat untuk hadapi semua cabaran demi segenggam ijajah heehe..BTW straight to da point ni adalah entri last untuk trip ke Kuching yang sangat bez tu hehehe..kechik sajikan kalian ngan gambar ye...

masa ni kechik kat muzium sarawak yang sangat luas dan ada 4 buah muzium

bergambar dengan orang dekat Kampung Budaya



ni kat rumah pameran untuk kaum Penan

ni sebahagian daripada ahli kelas kechik

antara persembahan masa kat Kampung Budaya

masa tunggu kat airport Kuching 

arap kalian enjoyyyyyy ngan entri kali ni...cekidout...






Wednesday 25 April 2012

Trip to kuching Part 1

Bismillahirrahmanirahim dan Assalamualaikum 

Seperti yang telah di janjikan kechik akan membuat satu entri pasal lawatan sambil belajar kechik ke Kuching,Sarawak. Lawatan ini adalah bertarikh 10 April sehingga 15 April. Kechik ke Sarawak ngan budak coursemate kechik. Dua orang pensyarah yang ikut lawatan kami beserta seorang pembantu makmal. Lawatan kali ni banyak memberi pengetahuan pasal tempat-tempat menarik kat sarawak. Lawatan hari pertama jeng jeng jeng
ni masa sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 

homestay ni la yang kitaorang tinggal masa kat sarawak

boring menunggu kawan-kawan bergambar sebentar ecece

lawatan ke Taman Negara Bako

baru sampai

Dari kiri nida ,mida dan kechik

pemandangan gunung santubung yang penuh dengan lagenda

ecece focus pada gunung santubong ya

semua orang kepenatan, menunggu kawan-kawan yang belum sampai 




makan malam kat waterfront

perjalanan aktiviti pada hari kedua lawatan ke Kuching Sarawak bumi kenyalang.Pada hari kedua kami ke pusat rehabilitasi orang utan semenggoh dan muzium kebudayaan sarawak.

ni gambar aksi orang utan kat pusat rehabilitasi Orang Utan

mother of Orang utan kat situ. Memang besarlah badan dia. skali dia lempang kita terduduk rasanya kita.haha




Semasa di Muzium kebudayaan sarawak tak dapat ambik gambar sebab tak di benarkan. jadi kat sana takda gambar sedihnya tak da kenangan kat sana.

p/s : nantikan sambungan trip ke kuching part 2 yang menjanjikan pemandangan dan tempat yang lagi menarik kat sarawak..nantikan ya sahabat-sahabat sekelian acecece....




Sunday 22 April 2012

Bertudung Bukan Pilihan, Menutup Aurat Jadi Idaman

Bismillahirahmanirrahim dan  Assalamualaikum
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.

Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59] 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26] 
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Ini adalah sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan sekelian :)
Salam...

Thursday 19 April 2012

friendship quote

salam dan selamat pagi........

Dah lama kechik tak update blog kechik.Dah banyak habuk nak kena sapu (hahaha). Back to tajuk entry kita kali ni pasal frienship quote. Kawan sejati adalah kawan yang sanggup berada bersama kita pada masa susah dan senang..


Gambar di atas sekadar gambar hiasan semata-mata..moga memberi manfaat buat anda sekelian.

P/S: entry akan datang kechik nak tulis pasal trip kechik ke sarawak bumi kenyalang..hehe nantikan kemunculannya..

Sunday 8 April 2012

Quote for Lucky Monday


wanita ibarat sebiji epal yang berada di puncak gunung.Betapa mulianya ALLAH meletakkan wanita di sisi islam.


Wahai wanita sekelian belajarlah untuk memelihara tingkah laku, pemakaian dan sebagai supaya ianya terpelihara daripada pandangan bukan mahram.

Pesanan ini buat semua muslimat dan diri kechik sendiri 

Pelajar UIA bermimpi Rasullah S.A.W


Salam buat rakan-rakan sekelian...
Bismillahiramanirahim pembuka bicara..........
Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

P/s : Banyakkan amalan untuk mengingati ALLAH SWT dan RASULLAH SAW..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...