Thursday 12 January 2012

sekadar renungan bersama

Siapakah orang yang sibuk?, Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. .. 

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..



ini adalah sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan kawan2..
terima kasih kerana membaca entry kechik yang x seberapa ni
^________________________^ syukran jazilan :)

Tuesday 10 January 2012

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.

Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.

( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba.

( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,

itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh





salam...

Monday 9 January 2012

just wanna share

Wahai Gadis Solehah…
Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.
Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad di akhir zaman ini.

Bagi mu Al-quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

” Perempuan suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah terlalu mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimanakah Allah untuk …menjaga kita ?? Allah seperti melepaskan kita kpd manusia yg lebih bnyk mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dlm diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk jagaanNya.Mengapa masih ragu-ragu ??Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yg Allah berikan.Sebesar-besar dosa adalah dosa yg kita rasa berdosa melakukannya”-Imam Ghazali

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...