Wednesday 3 July 2013

Menghitung hari

Salam..

Hampir tiga bulan tak update blog, dah berhabuk blog. Di sebabkan banyak urusan yang perlu di selesaikan aku tak sempat nak update blog. Hari ni 3 julai 2013 bersamaan 24 syaaban. Tinggal 6 hari lagi nak masuk bulan ramadhan. Kali ni aku rasa tak sabar nak masuk ramadhan tapi dalam masa yang sama hati aku rasa hiba rasa nak mengalirkan air mata. Tahun ni aku rasa lain sangat dan aku sendiri pun tak tahu kenapa. Mengenangkan dosa yang banyak bagaikan buih di laut, masihkah ada peluang untuk aku merasa bulan ramadhan pada tahun-tahun seterusnya.

Terlalu banyak khilaf pada diri ini. Aku cuba untuk jadi orang yang baik. Macam-macam yang aku alami sebelum ini mungkin di sebabkan dosa-dosa lampau aku. Aku terima dengan hati yang terbuka dan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit walaupun ada yang tak suka dengan apa yang aku buat. Aku belajar untuk husnuzon terhadap orang lain dan belajar untuk jadi orang positif. Aku berharap agar ramadhan kali ini dapat mendidik hati dan perlakuan aku ke arah yang lebih baik. Aku juga berharap agar Allah panjangkan umur aku dan kedua ibu bapa ku supaya aku dapat membalas jasa mereka.



Aku percaya pada janji Allah. Insyaallah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...