Saturday 31 March 2012

April fool

Hari ni tanggal 1 April 2012..hari ni ada yang sambut april fool kononnya nak kenakan kawan-kawan. Semalam kawan kechik ada cerita kat asrama dia tiba-tiba je tepat kul  2 tengah malam bunyi siren. Ramai yang panik dan kelam kabut. Diaorang ingatkan betul-betul ada kebakaran ni.Semua orang kena kumpul kat dataran ngan gimik asap xyah cakap la penuh dekat laluan nak g ke dataran. Yang lucunya kawan kecik cite ada yang bawak beg ngan laptop sakali. Semua orang berkumpul kat dataran tu.Pas2 datang la felo n da geng bagi cikit explanation. Tup tup felonya cakap APRIL FOOL..arrrgggg semua orang bengang xyah cakap la..haha lucu pun ada cite kawan kechik ni.

tapi kan perkaitan cite adalah april fool bukan untuk kita. Kita tak boleh sambut. HARAM kalau sambutnya. Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.



Dalam sabda Rasulullah S.A.W pun, baginda akan bersabda mengenai perbuatan menikut-ikut ini.
"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?" 
 [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

SAY NO "APRIL FOOL"

Friday 30 March 2012

pasangan couple

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.

LELAKI : Wslm

Sunday 25 March 2012

Do not fret my dearest soul


My heart grows discontent with my actions,
Whilst my nafs commands the opposite,
O Soul torn in fractions,
Don't be a hypocrite.
For how long must I fight?
Darkness has engulfed me for too long,
Awaken then before you lose all your might,
Strive to be of the strong.
No matter how many battles you lose,
The war is not lost,
With struggle comes the cruise,
But without it much it will cost.
For how long will the wretched with me play?
This is not for me a game,
No longer will I be for them an easy prey,
Nor am I for them to tame.
I have changed the tide,
After much toil and turmoil,
Yet there is the hint of pride,
To me Lord is my recoil!

In prison is my soul,
Whilst here though refinement is my aim,
Until I leave by the prison's hole,
Return to the One due to whom I came.
O Changer of Hearts,
Grant me gnosis and sincerity,
Teach me the great and noble arts,
Reward me with prosperity.
You transgress with such impunity,
But remember the day inevitable,
Thither you shall have no immunity,
So I covet His Mercy that is unassailable.
The path laid is distinct and clear,
With certitude and perseverance it is pervious,
Free from all smear,
Whilst those who avoid it are devious.
I see everywhere death,
Though those people still breathe and talk,
As cities become like heath,
Whilst they delight and walk.
O those who covert themselves with glamour and gloss,
Caring only for the outward complexion,
Only if you realised your loss,
You would leave people and be full of reflection.
For this world many I did exceed,
For the next I have not,
Many advices I did not heed,
Though tightens around me the knot.
O Succour of the weak,
O Best Friend in whom I have hope,
I am of the weak,
By myself I cannot cope.
At the states of people I feel unimaginable sorrow,
Feel it I must,
Hoping it will be better in the morrow,
O my Protector, remove from their hearts all dust.
The states of the people I feel,
They are a part of me,
When will their hearts heal?
Oh it pains to see.
O people, against temptations resist,
Such a command is for me and you dire,
From the Lord's commands do not desist,
Our souls are not for hire.
Do you think you will be tested?
In this world you will not be rested,
If you have in this world good deeds invested,
In next with garments of honour you shall be vested.
To thee my Lord I present my needs,
Thine aid sufficeth me,
Though I have not prepared many deeds,
I hope to swim in your Generosity's unquenchable sea.
I stand in awe of One Most Pure,
Perceiving His wisdom in what He wills,
For the hearts He is the Eternal Cure,
In Him is my refuge from the world's ills.
The nightingales sing with euphony,
Praising the One who beautified their voices,
I marvel at such perfect symphony,
To their Creator my heart rejoices.

O my tongue, how much damage will you do?
Because of you I have immersed in great debt,
Like you are planning against me a coup,
For my safety of my lasting soul I fret.
Good deeds I do procrastinate,
Whilst involved in the worldly delusions,
For this perplexity I seek a ratiocinate,
Surely from my purpose it is an elusion.
Though more of the world I see,
My heart does not find gratification,
It seeks to drink from an eternal sea,
Indeed in the remembrance of Allah is ratification.
In my Beloved's remembrance my heart finds peace,
Who can explain how I feel?
I cannot stay in one piece,
If it was not for this meal.
Indeed there lies my heart's repose,
But how can I achieve more?
That is the question to pose,
By achieving paradise is the answer for sure.

Wednesday 21 March 2012

19 keistimewaan wanita mengikut hadis


1.   1  Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Tuesday 13 March 2012

Trend baju masa kini

salam...

Dah dua minggu  kechik tak update blog ni...sekarang ni kechik tengah sibuk ngan Final Year Project yang perlu disiapkan sebelum habis pengajian semester 6. Tapi arini kechik luangkan masa sekejap untuk menyapu habuk blog kechik ni. Maklumlah dah lama tak update blog ni kan..

ok lah entri kali ni kechik nak tulis pasal trend baju masa sekarang ni. Sekarang ni banyak sangat trend baju yang cantik-cantik dan menarik. Trend baju sekarang ni banyak ada trend baju muslimah dan baju bukan muslimah...baju yang kita pakai hari-hari melambangkan peribadi kita sebenarnya tapi dont judge the book by its cover.kat bawah ni ada kechik letak gambar trend baju muslimah VS trend baju bukan muslimah.

  trend bukan muslimah
                                                       trend muslimah

Anda  boleh memilih untuk pakai pakaian mengikut trend mana. Kechik tak cakap pun kalau pakai trend bukan muslimah tu salah. pakai yang bertrend bukan muslimah boleh dipakai tapi anda perlu bijak memilih.Bijak memilih???bijak memilih maksud kechik adalah anda pilihlah pakaian yang menutup aurat. sebagai contoh anda memakai t-shirt,t-shit yang anda pakai tu mestilah lengan panjang,di bawah paras punggung dan longgar.Senang je kan....:).Islam sebenar indah.Setiap yang ALLAH tentukan itu mesti ada sebab musababnya. Kechik ada selitkan video yang berkaitan.


p/s : mungkin kalau ada silap apa yang kechik tulis, mohon diperbetulkan.Kechik hanya untuk memperingati diri sendiri dan juga kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi membaca blog kechik yang xseberapa ini.

Wassalam :)


Thursday 1 March 2012

hati gelisah

salam
kechik nak kongsi ngan kawan-kawan tentang hati yang gelisah.kechik rasa semua orang pernah rasa cam ni kan. selepas kechik tgk2 kat internet tentang hati yang gelisah. punca-punca rasa gelisah dalam hati manusia adalah seperti dibawah:)

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautwalau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya… Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Ada satu kisah pada zaman rasullah datang bertemu  Ibnu Mas'ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa.

Ibnu Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya ia menasihati agar sahabat tadi mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran. Atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.

S
ahabat itu mengamalkan apa yang disuruh oleh Ibn Mas'ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya dirasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Membaca al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadat, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya.

Memberi cahaya dalam hati, memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana al-Quran itu dibaca.

Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.” 

Ini adalah sekadar perkongsian. Andai kata ada salah silap kechik mempersilakan kawan-kawan untuk menegur kechik. kechik sekadar berkongsi ngan kawan.

wassalam.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...