Thursday, 12 January 2012

sekadar renungan bersama

Siapakah orang yang sibuk?, Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. .. 

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..



ini adalah sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan kawan2..
terima kasih kerana membaca entry kechik yang x seberapa ni
^________________________^ syukran jazilan :)

Tuesday, 10 January 2012

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.

Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.

( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba.

( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,

itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh





salam...

Monday, 9 January 2012

just wanna share

Wahai Gadis Solehah…
Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.
Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad di akhir zaman ini.

Bagi mu Al-quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

” Perempuan suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah terlalu mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimanakah Allah untuk …menjaga kita ?? Allah seperti melepaskan kita kpd manusia yg lebih bnyk mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dlm diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk jagaanNya.Mengapa masih ragu-ragu ??Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yg Allah berikan.Sebesar-besar dosa adalah dosa yg kita rasa berdosa melakukannya”-Imam Ghazali

Monday, 26 December 2011

study week

salam...

pejam celik pejam celik dah akhir sem rupanya..
kechik ase baru je masuk sem 5.
baru je tertinggal flight dari kuala lumpur..
masa sekejap je berlalu..
banyak suka dan duka sem 5 ni..
ehhh melalut plak..hehehe
lari dari tajuk entry kali ni...
kechik exam dari 3/1/2012-12/1/2012..
skrg tgh study week..
focus..focus..focus...
hehehe..KECHIK boleh..semua orang boleh
INSYAALLAH..
banyakkan berdoa ngan ALLAH S.W.T 
ingatNYA semasa susah dan senang nesya DIA juga mengingati kita..
wish me luck my friends...........
GUDLUCK TO ALL MY FRENZ.......
do da bez...
izinkan tuan hamba mengundur diri dlu(ecececehh)..
salam...

Saturday, 3 December 2011

matlamat

salam sejahtera salam satu malaysia (cewah macam debator plak) hihihi..
arini tanggal 3 disember 2011 saya  cik kechik berjanji ingin belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang diingini untuk sem 5 ini. walaupun agak terlambat tapi akan ku cuba sedaya upaya cik kechik untuk naikkan pointer aku supaya nanti mudah untuk dapat kerja nanti. dis is my second last sem before i end my study. aku nak naikkan pointer aku walaupun untuk first clast 2 huhuhu susah la cikit..tapi akan ku cuba gapai apa impian cik kechik. cik kechik rasa xde ape dah nak tulis ni..doakan moga cik kechik kuat dan tabah untuk terus berusaha mencapai matlamat cik kechik. moga jauhkan lah cik kechik dari sifat malas dan sifat mudah putus asa.amin....

i love my mum


i luv my dad
 i luv my sibling

i luv u all..wish me luck..

Saturday, 26 November 2011

maal hijrah 1433

salam...
firstly nak ucap salam maal hijrah kepada ahli keluarga,sanak saudara dan kawan2....
moga kita dapat menjalani tahun baru islam ini dengan limpah dan rahmat dariNYA..
moga tahun yang berlalu dapat memberi panduan baik buruk dalam kehidupan kita..
mari la kita berubah dari kita melakukan benda yang kurang baik kepada benda yang baik..
kechik juga seperti orang lain mempunyai misi yang perlu kechik buat pada tahun baru islam ini..
ini adalah untuk diri kechik je...setiap orang berbeza-beza kannnnnnnnnn...
betul tak apa yang kechik cakap kan td...hehehe(tersimpul malu)..

1) dari sifat kedekut kepada pemurah
2) sifat cepat marah kepada penyabar
3)kurangkan on9(hehhe yang ni xleh blah ni)
4) pikir sebelum bertindak,xnak menyesal kemudian...

kalau nak ikutkan banyak tapi ni ikut priority la....akan ku cuba laksanakan untuk kebaikan diri kechik sendiri.
mesti korang pelikkan nape lak kat entry ni kechik gunakan nick name kechik lak. mulai entry ni dan seterusnya kechik akan bahasakan diri ini sebagai kechik..panggilan ni biasa di gunakan sebagai bahan gurauan family n kawan2....
dah xde ape nak tulis dah..last but not least SALAM MAAL HIJRAH 1433

trip to crocker range park

salam...
banyak kenangan manis d sna....kenangna tersebut tak dapat di ungkap ngan kata(cewah).akan ku eksperikan ngan gambar..hahha





bez giler la g sna...i like itttttttttt...
it all in my memories.................
<3<3<3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...